Comments for when all is said and done :)

Comment on Penat. by ceghap
NAMA aku Romeo Razali. Tapi cuma nama timangan kerana yang tertera pada IC ialah Raimi bin Razali. Persoalannya siapa yang memberi gelaran Romeo kepadaku? Entah, aku sendiri tak tahu. Romeokah aku?

Budak semalam! Dia sekelas dengan aku. Cute! Benarkah? Aku toleh ke arah Maisarah. Maisarah hanya tersengih. Budak tadi terus mengambil tempat kosong di sebelah Maisarah. Siapa agaknya nama budak baru tu?

“Woi! Kau tenung siapa?”

Ceh! Maisarah bila bersuara bergegar satu dunia. Semua budak-budak kelas sudah memandang serong kepadaku. Potong stim betul Si Maisarah ni.

“Aku tilik muka kau. Banyak kawah. Bulan pun tak ada kawah macam kat muka kau tu.”

Selamba aku cakap kuat-kuat. Dan seperti biasa Maisarah mula tarik muka.

Aduh! Aku raba-raba dahi. Mujur tak ada luka atau benjol kat dahi ni. Bergolek-golek botol mineral kosong atas lantai. Kurang asam kau Maisarah!

“Sedap?” Maisarah tersengih-sengih.

Aku senyum kambing. Maisarah ni perempuan ke atau spesies yang lain?

“Kalau nak tahu, meh aku try baling kat kepala kau.”

Maisarah gelak. Kuat pulak tu. Sambil aku melihat Maisarah yang bergelak sakan aku curi-curi tengok awek cun bersebelahan dengannya. Cun giler! Jauh beza dengan Maisarah. Perbezaannya seperti langit dengan bumi, macam warna hitam dan putih, seperti laut dengan darat.

Rambut dia lurus. Cantik! Walaupun pakai baju sekolah warna putih yang tak berfesyen tu dia tetap nampak cantik. Aku suka tengok mata dia, melentik macam mata unta. Bila rambut awek tu ditiup angin rasa nak pegang je rambut dia yang lembut tu. Cantiknya… ayunya… comelnya…

“Woi! Kau ni kenapa?” Bahu aku dicuit.

Potong stim lagi! Mahfuz tersengih-sengih tengok aku. Gila! Dah macam gay cara dia pandang aku.

“Kenapa dengan aku?”

“Kau suka Maisarah? Enam tahun sama sekolah rendah dengan dia, tak kan tak puas tengok kot?”

Maisarah? Mahfuz pun satu, kalau cakap tak guna otak. Tak reti nak fikir agaknya mamat sebelah aku ni.

“Kau ni mengigau ke apa? Daripada aku tengok Maisarah baik aku tengok bulu kaki Moorty. Ada la jugak seninya.”

Mahfuz ketawa. Sampai merah muka.

“Bulu kaki aku, kau tak nak tengok?”

Aku dah malas nak layan. Mahfuz ni sekepala dengan aku. Kalau melayan, dua-dua jadi gila meroyan tak tentu pasal.

Ish! Awek tu nak pergi mana? Aku tak puas lagi menilik dia. Tak kan salah kelas? Melepas…

“Kau nak pergi mana?”

Mahfuz ni buat aku tak senang duduk. Bukannya bini aku, dari A sampai Z dia nak tahu.

“Kau nak ikut? Aku nak pergi jamban.”

“Cirit ke?”

“terincit.”

Aku terus blah. Awek tadi dah hilang. Dia lalu arah mana agaknya? Kiri atau kanan? Betul ke dia salah kelas? Aku dah mula pening. Dah macam penyambut tetamu berdiri depan pintu.

Aku toleh lagi tempat sebelah Maisarah. Kosong. Tapi beg dia masih ada di situ. Yes! Dia pergi tandas agaknya.

“Tumpang lalu.”

Benarkah? Dia berdiri betul-betul depan aku. Licin, bukan macam muka Maisarah yang berlekuk-lekuk tu. Tiba-tiba aku rasa jantung aku berdegup laju bila mata dia betul-betul bertentangan dengan aku. Aku pun buat muka cool depan awek tu.

“Mana boleh tumpang-tumpang.”

Budak tu dah mula kerut kening. Kening berkerut pun dia masih nampak macam bidadari. Satu parut pun tak ada dekat muka. Dia tak pernah kena demam campak agaknya.

“Habis tu, awak dah block tempat saya. Macam mana saya nak lalu?”

“Pintu kelas ni bukannya ada satu.”

“Gila!”

Awek tu tak toleh lagi, terus cari pintu belakang. Fuh! Boleh tahan jugak awek baru ni. Aku rasa dia boleh menandingi Maisarah. Garang macam singa. Muka lembut tapi brutal gila. Tapi tak apa, sebab awek tu cantik. Aku tak kisah pun kalau dia segarang mak tiri bawang merah sebab dia dah mencuri perhatian aku.

“Woi! cikgu dah sampai. Cikgu Razak oi jadi guru kelas kita.”

Tiba-tiba kelas yang kecoh jadi sunyi sepi. Nak ketawa pulak masa ni. Menikus semua orang. Aku pun sebenarnya kecut perut jugak bila dengar nama cikgu Razak. Itu baru dengar nama dia, belum dengar derapan tapak kakinya. Kalau tengok rotan dia yang panjang tu lagi aku menggelabah tak tentu hala.

“Aku tipu oi. Cikgu Kumala la.”

Aku ketawa sendiri. Lucu. Suara-suara sumbang kedengaran. Mesti dia orang bengang dengan aku. Masing-masing penat nak buat muka hipokrit. Kelas riuh semula. Dah macam pasar jual ikan jadinya.

“Mat Romeo, kenapa awak berdiri di sini?”

Aku sengih. Baku sungguh bahasa cikgu aku yang seorang ni. “Tunggu cikgu la. Meh tolong bawa buku tu. Macam berat aje.”

Pandai aku bohong. Cikgu Kumala senyum, tersusun putih giginya. Dia tak cakap apa-apa. Mesti dia tahu aku ni dah terputus wayar. Buku teks sebuah, berapa kilogram sangatlah beratnya.

Aku membuntuti Cikgu Kumala. Hari ni Cikgu Kumala pakai sari warna hijau. Semalam waktu perhimpuanan aku nampak sari dia warna biru. Agak-agaknya berapa banyak koleksi sari dalam almari dia?

Aku suka tengok Cikgu Kumala pakai sari. Pemandangan kelas ni jadi indah serta merta. Paling aku suka bila sari dia tiba-tiba terpaksa dibetulkan. Terkial-kial Cikgu Kumala menyelitkan kain sarinya.

“Selamat pagi. Anda semua boleh duduk. Kita jumpa lagi di tahun ini. Seperti biasa saya ialah guru sejarah anda dan merangkap guru kelas anda. Saya dimaklumkan ada pelajar baru di kelas ini. Pelajar baru sila tampil ke depan, perkenalkan diri.”

Langkah dia lemah gemalai, lembut dan mengasyikkan. Pipi awek tu merah. Aku tahu mesti dia malu. Lainlah macam aku, berdiri depan perhimpunan pun aku tak malu. Tu dah memang sifat semulajadi aku. Sifat tu dah jadi darah daging aku.

“Nama saya Hannah binti Rasyid.”

Hannah! Aku pernah rujuk nama tu pada buku yang bertajuk. ‘Nama-nama islam untuk cahaya mata”. Hannah tu maksudnya gembira. Tapi awek depan tu tak nampak gembira pun.’ Don’t judge the book by its cover’. Itu kata-kata orang putih. Betul jugak! Aku belum kenal dia sepenuhnya.

“Ada apa-apa soalan yang nak diajukan pada Hannah?” Suara Cikgu Kumala pula kedengaran.

Aku angkat tangan. Tinggi. Seluruh kelas tertumpu pada aku. Aku sengih aje. Budak-budak kelas aku sengaja buat muka tak puas hati.

“Kenapa pindah sekolah ni kalau dah dapat sekolah sains? Awak kena buang sekolah ke?”

Budak-budak kelas aku semua dah tersengih-sengih. Macam suka aje bila aku ajukan soalan tu pada Hannah. Muka Hannah mula merona merah. Aku dah agak, mesti awek ni suka buat kes kat sekolah lama. Kalau tak, kenapa dia pindah sini?

Hannah diam. Gerenti tekaan aku betul! Mesti dia malu nak mengaku.

“Sekolah lama dengan hospital jauh. Susah nak ulang alik.”

Hospital? Dia sakitkah? Aku terus diam. Dah tak ada hati nak tanya macam-macam soalan. Kalau dia sakit, sakit apa? Mesti sakit yang serius sampai kena ulang alik hospital.

Hannah duduk. Muka dia yang cun dan tak berperasaan tu dah membuatkan aku rasa serba salah. Betul ke dia sakit? Cute tapi sakit. Sayang.

“Kau bawa buku teks?”

Aku tengok muka Mahfuz, kemudian geleng kepala. Sebenarnya belum beli lagi bukan tak bawa.

“Buku teks, bukan buku rujukan la Mat.”

Aku dengar tadi macam buku teks. Aku yang salah dengar atau Mahfuz yang salah cakap? Buku teks mestilah aku sentiasa bawa. Buku free, aku tinggalkan bawah meja aje.

“Sah! Kau berangan. Budak baru tu cun, kan? Kalah Cikgu Latifah.”

Ada persaingan nampak gayanya. Tak kan mahfuz pu tertarik pada dia? Tapi betul ke aku betul-betul sukakannya? Awek baru tu cantik tapi sayang dia sakit. Kronik ke sakit dia?

“Muka surat berapa?”

“Dua.”

Aku buka buku. Malas nak fikir lebih-lebih.

Comment on Trip to Phuket, Thailand. by ceghap
hensemnya kakak baju biru :3

Comment on Telur Siput Annoying aka Siput Gondang by Anarm
telur siput ni memang boleh lebatkan rambut.. bukan setakat rambut je.. janggut, sideburn, segala jenis BULU pun boleh..

aku dari dulu cari nak sapu kat janggut.. tapi tak jumpa2..

Comment on Pembentangan Final Projek : Tahap Satu by ify
nak tnye,poster tu print saiz ap ea..? dlm poster tu kne ada content ap je ye..? mcm mane plak dgn pamplet tu ye..?