Sila tinggalkan sedikit sebanyak kesan tapak kasut sebelum anda berlalu pergi :)



Reblog : Trip to Bandung Khas Untuk Vujie.

Okay oleh sebab cik Vujie nak pegi bandung ; dia google balik entry aku masa kat bandung dulu tu tapi tak jumpa ekekek yela noks tu kat blogspot aku kan dah tuka pakai wp haha blagaknya tapi takpe la kerana kau cik Vujie aku paste balik lah entry tu dalam ni.

Aku baru pasan entry tu ade 1st day ngan 2nd day je. Teruk betul kan pemalas aku ni grr T_____T

OK aku nak kopipes ni bai!

Trip ke Bandung ; First Day.

Wahhh lama betul aku amek masa nak update pasal Bandung ni. Almaklumlah cuti panjang kate pun cuti memang honeymoon sungguh lah aku.

(padahal pasni ade kelas. sob)

Siyes balik je aku terus demam. Badan lesu ; kepala sakit ; muntah muntah ; berak berak. Badan sume sengal ayam je. Lembik duh. Aku tatau la ni penangan ape. Gila dahsyat doh setengah jam dalam toilet pun tak settle settle lagi. Perit gila bontot aku

*nanges*

Pagi pagi dah bangun subuh. Flight kul 9 lebih. Hahaha aku ngan mamainye bersiap siap. Pagi tu baru nak pack baju. Hahahaha. Aku bawak

1. sehelai baju

2. sehelai sweater

3. sehelai cardigan

4. sehelai seluar

5. sepasang CROCS

Ha? CROCS? Ingat tak aku ade cakap kat entry yang lepas ;

“Sebelum aku pergi ni aku dah beli sesuatu untuk persiapan untuk aku berjuang. Tapi tak sempat nak cerita sebab ingat malam tadi taknak tido pastu leh plak terbedengkur sebelah mak aku,”

Haha nak tau aku beli ape??

Geee.

Pagi tu kelam kabut sket ye ah cam last minute an. Bese ah tinggal barang tu ini. Hihihi ngan Kak Ogy yang leh plak sakit perut. Merepek repek ah. Parking kete pun tak mane mane tah kat LCCT tu. Hahaha. Tak parking dalam pun. Parking luar. Free tak kena bayar. Tapi kalau kena saman nasib ahhh.

Pastu dah siap scan bag check passport tah ape bagai ; kitorang tunggu flight. Bila flight sampai je an. Yang paling gelupur mak aku la. Hahahahaha seronok betul dye. Hihi.

Mase kapal terbang dah bertolak tu an. Aku cam sebak aw. Dulu aku dari kecik memang bercita cita nak jadi pilot. Berangan nak amek fizik nak bawak kapal terbang.

Habis sekolah bajet nak amek flying school. Tapi tu la nak wat cane blaja taknak betul betul. Kan dah dapat jadi engineer je.

( lk pun failed ade hati nak jadi engineer. ceittt )

Batak betul aku nampak awan cam sebelah aku je. Ye ah first time an pergi oversea ( amboii ) sebelum ni ade gak naik kapal terbang tapi gi Langkawi je takde la nampak awan bagai. Hahahaha.  Heee rase cam nak makan je.

2 jam rasenye aku dalam kapal terbang otak pun rase cam nak biol dah. Mulut tak habis habis duk kunyah Clorets. Kepala tak abes abes aku sapu minyak cap kapak. Yela. Aku kan migraine. Dengan tekanan yang melampau camtu lagi bertambah bengong kepala aku. Hish.

Bila kapal terbang goyang sket aku dah tak keruan dah tapi nak gak berlagak cam tak takut padahal badan dah keras dah tahan menggeletar. Mulut pun duk cover kumat kamit nak je aku marhaban kat situ gak tapi taknak ah kang takut mak aku nampak kang tak pasal pasal kene bahan.

“Sila kembali ke tempat duduk anda dan kencangkan sabuk pengaman kerana kita sedang mengalami cuaca yang kurang baik,”

Nak je aku lempar kamera kat tangan aku kat muka pramugari tu. kalau ye pun diam diam la saje je nak kasi aku cuak. Bongek.

Mase nak mendarat tu aku cuak betul tau tak pasal an dye cam nak mendarat atas uma orang je. Gila betul.

Okay sekarang sudah pun sampai. Dah sampai tu cam nak amek bagasi lama gila. Sebab imegresen sana check bag seketul seketul. Bukan guna scan okkk. MANUAL. Pergh.

Sampai je bag aku memang malu gila doh. Dah la aku bawak spender je semata mata yang duk punggah beg aku tu cowok ganteng lak tuh. Tsk. Nasib baik dye tak terpikat ngan aku mane tau hati kepingin nak curik sehelai ke. Haha bodoh okk.

Bajet nak tunggu Abangah, Kak Lia, Ariff ngan Abalong. Kitorang gi 2 trip. Aku, Mak, Kak Ogy, ngan Abang Sham gerak dulu. Sementara tunggu tu supir pun sampai. Supir tu orang yang nak bawak kitorang gi hotel ; yang bawak kitorang gi jalan jalan. Tapi sehari tu je la. Best.

Ha sambung. Bajet nak tunggu Bangah tapi malangnya flight diorang delay. So kitorang gerak dulu lah.

Sampai je hotel mulut aku ternganga luas duhhhhh. CANTIK GILA WEYYY! Okla fine lah kan nampak cam biase lah okay fine aku tau ape korang fikir. Okay cuba bayang la kan RM90 sehari je dah dapat hotel camni tak ke heaven weh. Bahagia gila.

Nama hotel yang aku duduk ni ; GEULIS HOTEL. Depan hotel ni kiri kanan penuh ngan Factory Outlet. Cakap je la ape semua ada. Factory Outlet ni cam butik la. Kedai dye cam rumah banglo sebijik sebijik aw. Menarik gila. Macam macam jenis bangunan duh. Sume pelik pelik. Unik weh.

Eeeee kalau la kat Malaysia tah bape ribu tah ni siap ada tiang seri bagai pintu pun dekat dua kali tinggi aku. Memang kreatif betul ah. Seksa memang takleh nak cakap ah. Aku call laundry nak mintak pinjam iron. Dye datang mintak baju aku siap nak gosokkan lagi. Wah wah wah. Gila lahhh.

Sempat gak ah aku guling guling atas katil dekat 5 6 minit. Pastu kitorang gi makan. Makan ape? Hahaha. Kat mane lagi. Simpang Raya lah. Setau aku la situ makanan Minang paling femes skali ah kat Bandung nih.

Sampai sampai je aku tengok kedai dye biase biase je. Aku tengok air murah murah. Tembikai baru singgit setengah. Akak aku suka ah order air yang pelik pelik. Aku takut sakit perut ah. Aku order ice lemon tea je.

Dah settle order air tiba tiba waiter datang hantar pinggan pinggan yang penuh ngan lauk. Aku dah pelik dah sejak bila aku order plak ni. Banyak gila. Bila kitorang tanya cewek tu jawab ;

“Kok dimakan aja semua, hanya dibayarin aja mana yang dimakan,”

Hah. Ape lagi. SAPUUUUUU.

Licin gak ah. Yang tinggal sisa sisa sambal ; kuah ; tulang ayam. So total? RM30 SAHAJA. Murah kan?

Pastu kitorang gi Pasar Baru. Hahaha tu tujuan utama kakak aku. Sampai situ cam seram gak ah. Cam ramai orang sesak gila. Aku takut pencopet je. Ye ah dalam beg bukan sikit kot duit. Dekat berjuta juta gak ah. Bayangkan ah beribu ribu orang indo. Bila aku kat sana aku rasa cam aku ni orang asing. Cam lain la perasaan dye dari kita tengok orang indo kat negara kita.

Cam orang jual beg la keychain la suh kitorang beli paksa paksa. Orang dah kate taknak dye paksa paksa. Aku tepuk dahi kau tau la. Aku nasihatkan lah kan better janganlah layan. Buat bodo je. Leceh nanti. Sekali korang cakap korang berkenan nanti dye akan ikut je korang. PERCAYALAH.

Kalau korang bagi duit kat peminta sedekah an. Korang bagi kat sorang nanti semua peminta sedekah datang kat korang mintak duit.

Barang kat Pasar Baru memang murah murah. 30000 Rp = RM10. Pun boleh mintak tawar agi. Segala jenis telekung. Yang RM17 pun dah puas ati woh. Lawa lawa. Wane wani. Naik juling mata weh. Cakap je ko nak ape. Hello kitty? Doraemon? Suma ade. Blythe je aku tak nampak agi. Ade kot sebab aku pun tak abes round agi.

Besar gila woh Pasar Baru. Kalau suh aku lukis pelan Pasar Baru pun aku tak mampu sebab pening gila. Bila korang rase mende tu cantik baik korang beli sebab belum tentu korang leh jumpa agi kedai tu balik. Siyes aku cakap ni.

Banyak mende aku beli kat Pasar Baru. RM30 je aku dah leh dapat macam macam. Hahahahaha BESTTTTTT.

Dah selesai shopping ; malam tu singgah Cihampelas. Kitorang pegi Mall diorang. Same je cam mall kita. Cam kalau kita tengok kat Klang tu orang indo dye mak aih gila menakutkan. Tapi kalau kat sini orang indo dye gila vogue style gila best hot chick dressup pun layannn. Kalah minah indie, minah emo bercelak yang melepak kat TimeSquare tu. Hahaha.

Dah dah aku nak tido. Skang je dah kul 3.30am. Esok kelas kul 8. Hotak ah ngan perut sakit la ape lah. Malang betul. Ok bye.

Trip ke Bandung ; Second Day.

Gila amek masa lama doh aku nak second day entry. Hahaha gila betul. Aku baru baru ni busy gila pig ngan RIBBONTALES. Maju tu taklah maju sangat tapi alhamdulillahhh so far aku dah mampu ah topup sket sket kredit aku takde la manjang RM0.00 sen je. Hikhik.

Tapi dah ade duit ni aku cam makin kedekut gila doh nak topup. Maybe banyak mende lagi kot aku nak buat ngan duit ni. Ala senang cite duit ni bukan untuk enjoy la wat mase skarang. Kene jadi rolling modal la kalau nak bisnes kekal lama. Haha nak tau aku bisnes ape? Sila lah usha RIBBONTALES. Awww

Kete kat sini sume gempak doh mane ade cikai cikai. Kete proton aku taknah nampak seketul pun. Kaya gak an orang Bandung ni kan kan kan?

( angkutan )

Hari kedua pagi pagi aku dah bangun cam tak saba saba aw nak shopping sebab semalamnye kan dah usha usha barang ape nak di beli. Hihihi punya lah excited weh. Tak banyak sangat lagipun amek gambar sebab kan cam busy shopping an. Cis. Nyesal tul kalau tak boleh aku berlagak ngan korang. Wuakakakaka.

Naik je angkutan terus cam batak aw. Muka berseri seri betul macam tak sedar diri yang padahal kitorang otw nak gi habiskan duit. Oklah oklah kitorang cuba tenang but bila tengah traffic light an tiba tiba ade cowok datang kat pintu angkutan doh. Ok aku ngaku. Aku cam batak gila. Kahkahkah.

Nampak mamat tu tengah nyanyi. Suara perghhh sedap gila weh macam peha ayam golek. Aku ingat agi time tu dye nyanyi lagu Ungu – Demi Waktu. Muka dah macam Ariel Peterpan ni aku bawak balek kenalkan kat Bella ni best ni.

Kat Indo suara sume sedap sedap even nyanyi tepi jalan. Malaysia? Hahaha yang jadi artis pun suara tak sedap ape tah lagi yang bukan artis ; cam aku la. Setakat lagu doraemon aku mampu la kot.

Terus terang ah an. Indo even dye takde keje dye still usaha gak cari duit doh gi nyanyi bagai. Aku tanye supir tu cam boleh ke nyanyi camtu? Pemerintah tak marah ke then

supir tu kate ; tak.

Masing masing kasi peluang untuk cari makan walau dengan ape cara sekali pun. Supir tu gelar penyanyi jalanan camtu ; ORANG MALAS. Tapi ok lagi lah dari orang Malaysia. Orang sana ade gak inisiatif nak cari duit. Orang kita? Hahaha. Menganggur ade lah.

Sampai je Pasar Baru mak aku ngan akak aku sume dah naik juling. Aku maintain cool je. Haha. Ko bayangkan ah baju dye sulam bagai manik manik comel sume harga dye Rp. 100000 ; bersamaan dengan? Ok ok lah aku bagi tau. Bersamaan dengan RM30.

Menggelupur duh tengok tudung dye murah murah bagai RM10 bersepah sepah. Dah la kedai berlambak lambak. Setakat telekung ala ala RM17 pun ko dah leh dapat sulam bagai wane wani tak hengatttt.

Kakak aku sure la borong abes. Baju muslimah ; telekung ; tudung ; suar. Kalau leh dye nak beli satu kedai. Hihi. Abang ipar aku beli kain pastu tempah seluar kat situ gak. Order hari ni siap esok. Siap tolong hantar kat hotel agi. Harga? Sehelai RM30.

BEST KE TAK?

Aku shopping sket sket je. Penat woh nak pusing satu pasar tu. Kakak aku dah abes pusing dah mengalahkan orang Indo. Aku rase orang indo pun tak abes round Pasar Baru tu.

Otw balik. Serious shit lemau gila aku rase kalau ade cowok ganteng mane mane tolak aku time tu dah melayang dah. Tengok ah muka aku dah cam tempe goreng dah.

( ni pakej ke ape ni pegi balik ade orang nyanyi ; budak kecik yang duduk tu nyanyi lagu Matta – Ketahuan )

Kedai kat Pasar Baru tutup kul 6 petang atau di Malaysia bersamaan dengan kul 7 petang. Awal an? Nak shopping pun tak lena nak jalan pun tak kenyang. Cam tak puas gila ah dah la malam tu nak makan lagi nak berkejar gi Factory Outlet depan umah agi opppsss silap bukan bukan. Haha depan Hotel lah. Hehehe.

Ni aku bagi korang cuci mata ngan makanan ringan kat sana yang takda kat sini.

( aku mencari mencari maggi cup tapi takda. sedih tul )

( semua kedai makan yang kitorang makan mesti dihidangkan ngan teh cina )

Hum malam tu kitorang gi makan kat Restoran Panyawangan. Sebelah ngan Hotel kitorang, Geulis Hotel. Gila cam heaven nak makan gi seberang je takyah susah susah nak naik angkut. Sedap dah tentu sedap gila. Cowok waiter tu pun gila comel. Hihihi.

Dan yang paling penting? MURAH.

( ehem ehem )

Lain macam kan name makanan dye. Hahaha so far sume sedap. Aku tatau la tekak aku ni tau sedap je. Name pun lapar gila doh. Balunnn.

Mulanya ingat nak gi jalan jalan last last cam perut lapa. Singgah makan. Kedai tutup kul 9. So cam habis makan pun tah kul bape tah. Hum. Cam kecewa gak la an tapi nak wat camne.

Balik tu cam berangan wah esok nak gi kedai mane wah esok nak beli ape wah duit banyak agi ni. Hihihi. Kan best kalau Bandung ni belakang umah je senang agak agak nak perabih duit gi je Bandung.

Dah dah dah tinggal lagi dua hari je aku kat Bandung ada masa aku update agi.

Hihi ni ribbon berlambak tak siap siap bagi aku settle kan dulu okay?

Ok tata =D

p/s – hihi aku tension tapi cam ok je tapi aku tension. =D

p/s – OK DAH ! BAI SEMORANG! 3rd DAY TADAK! AMPUN ! EKEKEKEK

2 Comments »

  1. avatar VuJiE Says:

    HAHAHAHA tenkiu tenkiuuuu!!! kalau aku tak mintak repost balik bende nih mesti ko tak ingat lagi 3rd day tak bersambung kannn?? HAHAHA btw, doakan lah takda aral melintang, maka dapatlah aku pegi hihi

    [Reply]

  2. avatar Nizam Ijam Says:

    wah… bercuti… bestnyer :)

    [Reply]

RSS feed for comments on this post. TrackBack URL

Leave a comment