Sila tinggalkan sedikit sebanyak kesan tapak kasut sebelum anda berlalu pergi :)
Bersih 3.0
bersih 3.0

Ramai gilakkkkk orang gi bersih 3.0 wuuuuu kan best kalau cuk ada mesti dia pun pegi gak wuuu T_____T

KALAU NAK TAHU CERITA PASAL BERSIH YANG SEBENAR ; SILA KLIK LINK INI <3

I Cry Because

4th Paper : Water Supply and Waste Water Engineering
Water Supply and Waste Water Engineering

Ok fine ini paper yang aku amek tadi. Gila stress ayam sume menghafal bagai. Aku tengok paper past year sume teori je. So kitorang pun study kaw kaw la kan. Bajet nak buat soalan satu dua lima ngan enam. Sume teori tapi soalan 2 tu ade kira kira sikit.

Habis paper hidrologi semalam memang rabak gila la kan. Tapi takleh tido bapak menderita gila aku uwuu wuuuu T_____T Pastu malam tu lepas mandi aku bantai tido ingat nak bangun kul dua pagi last last leh aku bantai tidoq sampai kul 5 pagi. Peh dah la paper kul 2.30 petang banyak kot nak kene baca. Stress habis la.

“AKU GILA BADAN AKU SUSUT BAGI LA NO PIN”

Macam macam formula kua HAHAHAHA “DATIN JONGANG MAMPUIH PI” la “AKU GILA BADAN AKU SUSUT BAGI LA NO PIN” la “SELAMAT HARI LAHIR PASTU AKU MATI AKU PINDAH KUBUR” la HAHAHA klako gila buat ayat ngan Iput.

TAPI SEMUA TAK MASUK.

*baling meja*

gigih nya studyyy

Power tak power kan tengok la sepah nya camne nampak sangat aku gigih study KAHKAHKAH

saat saat terdesak

T_____________________T

fineeee menyempattt HAHA

Ni sebelum amek exam ni haha menyempat aku amek gambo kan. Padahal enset diharamkan dalam dewan peh peh peh cuak gila weh. Skali tengok paper hambek ko ape yg aku baca pasal bacteria bagai semua tak masuk. Masuk yang bebukan je. Ujian BOD full satu soalan lima siap ada pengiraan agi.

Soalan dua lagi harommm. Pengiraan sampai dua bijik memang haram la aku tak reti nak buat kan. Aku reti yang arithmetic ngan geometric method je. Kalau nak kene cari water demand memang aku tak reti padahal mende tu senang je kot aku yang tak study.

Tapi alhamdulillah aku senanye usha usha gak la kan cara nak buat water demand tu. Nasib dia bagi Rumus err rumus dia

WDN = P° × q × f¹ × f² + DM

And kebetulan dia ada bagi rumus nak cari geometric so aku guna kaedah geometric dulu pastu baru aku buat water demand. Aku cuma tatau DM tu apa. Last last aku guna 1/3 je ntah betei ntah idak  ye dak sebab aku teringat gak contoh yang aku pna tengok ade 1/3. Doakan la betei ye.

Aku awal awal da tertido dalam dewan serius aku memang takleh buat. Khalis yang pandai tu pun da termenung ape tah agi aku. Iput opkos la kan cam aku jugak sebab kitorang kan study sama sama. Susah sesama senang sesama. :’)

Ok dah aku rasa cam belum boleh lagi nak bako semua buku waste water. Risau giler. Tapi kalau aku fail pun paper ni aku redhoo sbb aku dah usaha. Bukan aku gi exam hall tu kosong ayam je. Alhamdulillah :)

haha kene marah

Mamat ni psycho tau dia suka dak umah aku si Ira. Tapi mamat ni pesen tak paham yang kawan aku tanak kat dia. Bley dia datang kat kawasan uma sewa aku tu tunggu situ takde motif. Sampai berjam jam. Tak mesej tak apa bapak scary. Kalau aku jadi Ira pun aku takut.

Last last tadi kitorang call tuan umah suh halau mamat tu. Yes padan muka! Bani la nak duk umah anak dara lagi. Ekekekekeke.

Hari tu dia gi lunch ngan kawan aku. Pastu kul dua anta kawan aku balik umah. Kawan aku tu tido la. Pastu kawan aku terkejut terdengar bunyi henpon. Pastu dia baca mesej “I’ll waiting for you no matter what,” err apakah pastu kawan aku tengok dia ade kat depan umah. GILA.

Kelam kabut kawan aku bersiap kua kan. Da siap dia jalan la nak gi kat mamat tu pastu tetiba rumah sebelah tegur cakap yang mamat tu tunggu dari kul dua sampai kul empat kat situ. Kawan aku cam kelam kabut la kan apsal nak tunggu lama lama. Pastu mamat tu cakap “Saya nak ajak awak minum petang pulak..”

PEHHHHH.

Ok bai!

3rd Paper : Hydrology
Meninggal T____T

Semalam balik letih gila. Mana tak letih dah kelmarin Theory Structures 1. Semalam Theory Structures 2. Tak menyempat aku nak bernafas tahu tak. Stress tahap cipan. Balik sume pakat membuta. Aku ni dah la jenis payah nak tido petang. Malam tu lepas maghrib aku mandi pastu baru leh tido. Aku ingat nak study uma Muaz tapi dah lewat da kan kul tiga pagi . Aku bangun pun kul doblas. Haihhhh.

Bangun bangun terus mencanak. Kelam kabut cari buku hidro. Serabai gak la kan dah la hidro ni killer tang teori ngan calculation. Calculation dia memang tahap mintak pelempang pesen ko tenung notes tu patplohpat kali pun takkan paham. Isk.

Apa punya busuk la hati poli ni

Ko tengok gambar ni. Warna kuning tu betul betul sebelah tu dewan exam. Tak muat screen henpon aku nak amek gambo sampai ke dewan.

Yang biru tu plak tempat aku salu parking sebab dekat nak gi kelas apatah agi nak gi exam ni ha. Memang dekat gila la ngan dewan. Elok je pagi tadi nak gi kelas tetiba dia tutup jalan nak gi ke tempat biru tu. So dia hadkan sampai yang merah je. Bapak busuk hati pantang nampak aku senang nak gak tengok ketiak aku berkuah lemak kan. Geram gila aku tak paham ngan poli ni punya sistem.

Ko tau kalau student yang duk asrama nak masuk dalam naik kete padahal ngan cousin sendiri kot sanggup tak bagi masuk. Suh jugak student jalan kaki gak dari pagar sampai asrama even bawak beg banyak camne skali pun. Memang mengarut tul.

Ade skali tu kitorang ngah stadi kat kelas tetiba pak arab masuk mintak derma. Ala ko bayangkan la pak arab yang biasa mai kedai mamak tu kan. Cite skang aku pelik camne pihak poli leh izinkan orang luar masuk lagi lagi memang dah sah sah lah kan pak arab tu foreigner.

Yang student ni bapak payah nak masuk walaupun bawak beg bagai memang takde rasa timbang rasa langsung. Cuba tetiba pak arab tu bawak bom ke apa ke? Student kalau bawak bom meletup ke nak buat mende jahat dalam poli ke at least ade jugak la gak dokumen hitam putih kaitan ngan poli kan ngan kad matrik ada sume ada ye dak? Dah tu Pak Arab ado?? Nan hhhhhaaadoooooooo.

Hari tu masa final projek pun member aku bawak model so nak bawak masuk la naik kete gi hantar gi dewan je kot. Mati mati gak taknak kasi masuk. Hujan kot. Memang tak berperikemanusiaan betul guard dia. Dah la langsi.

Iput gak style sebab sebelum berambus dari poli ni merasa gak la dia duk tunjuk middle finger kat mak guard langsi tu HAHAHAHAH. Pastu gelupur tanya eh betul ke apa yang aku buat ni HAHA kelakar tul.

Ok sambung.

Iput ngan Syafa. Aku takde dalam gambo

Dah habis paper muka memasing stress. Dah la aku salah mazhab. Duk hafal formula VDRO = TOTAL QDRO/T.

Syafa bisik tanya camne nak buat soklan 4. Aku pun bagi. Pastu dia cam nak cakap something but aku tak bape nak jelas lagipun line tak bape nak clear kan. So ignore je la. Abes paper tu dia kata :

Syafa : “Woi VDRO tu Total QDRO darab T la bukan bahagi ngek,”

Aku : “Yeke? Aduhhh asal tak bagitahu?”

Syafa : “Aku dah bagitahu ko yang tak dengar,”

Aku : T______T

Aku tanya Iput dia pun kata dia buat cam aku yela dah nama pun kitorang duk stadi sesama. Cite lain tu aku malas la kan nak cite. HAHAHA. Ade je di sebalik tabir tapi aku malas HAHAHAHAH.

Now  da petang. Nak tido ke nak study. Stress. Esok paper Kejuruteraan Bekalan Air & Air Sisa. Mudah-mudahan tak la rabak mana. Aku dah letih. Malam ni aku nak study uma Muaz. Ekekekeke.

Bai.

Otw balik uma sewa. Cantikkan?

« Previous Entries