Rabak gak la mata aku ni ha. Penat gila. Aktiviti ari ni memang pedih woi sumpah aku tak tipu. Aku sebenarnye lately da tak larat nak update blog. Ade je ari best yang aku nak cte dua tiga hari lepas tapi line tenet kat uma sewa ni teruk nau *grrr* nak bukak email pun tercungap cungap tahuuuu zz T____T
Boleh tak kalau taknak cte banyak tapi nak paste gambo je. Nak tido ;’(

- Duk stress menunggu Penyelia ni haaa T____T

- Drama! HAHAHAH!
Tadi lepas kelas err kelas ape ek tadi aku lupa wuuuu HAAA kelas acik Nubli aku terus kelam kabut gi siapkan report lab highway duk group ngan Rafiq ngan Ahchong. Serabai gak la dah la kalut lupa lak nak bawak labsheet so aku terpaksa la balik umah gi hamek. Penat hayam hoiii
Pastu jumpa puan jaemahhh. Haaa kene tiao kaw kaw wacakapluuu.
“Saya tak tahu nak cakap apa bila tengok perangkap sampah awak ni,”
“Saya rasa cam awak ni syok sendiri,”
“Perangkap sampah awak ni seolah olah memerangkap sampah di longkang dengan menggunakan reban ayam,”
“Saya nak awak semua buat report fully English, and present English jugak,”
Pedih gak la dengar kan. Tapi tula. Bukan design aku pun. Asalnya yang paling memula skali asalnya perangkap sampah yang di design oleh aku is :

- Pandangan hadapan

- Pandangan Atas
Ni design aku yang asal. Bila ada yang tak setujuu So aku malas nak cite banyak.
Pastu OK-lah kan aku try buat perangkap sampah yang ade sistem elektronik. Tapi aku dah jumpa pihak JPS. Diorang kata better not to play with electronics pumpang pumpang. Yela nama pun Civil Engineering kan so haruslah berjimat dengan menggunakan apa yang ada.
So aku pun design perangkap sampah yang just menggunakan sistem cerun untuk memasukkan sampah dalam perangkap sampah. That means kene ubah kecerunan longkang tu sendiri. Then bila bincang ngan lec ; lec kata ok baiklah awak buat je saiz flum. 10cm lebar.
Pastu try la buat sendiri guna aluminium bertukang bagai. Hasilnya memang cam budak darjah enam punya keje kalau tunjuk kat lec kompem lec suh benti poli.
Pastu tah camne tah Ain ubah design aku sebab dia kata kecerunan tu agak rumit. Aku redha jela kan. Aku biarkan je dan terhasil lah perangkap sampah aku yang skang ni iaitu memang bukan design aku.
Dan sekarang aku kesal sebab tak guna design aku yang memula skali. ;’( WUARGHHHH
Dah habis cite. Now masa untuk paste gambo.

- Ringan je tak banyak sampah pun sebab tak hujan

- mende ni wajib ada kan zzz T____T
Pastu kitorang bawak gi lab nak cuci. Berat tahu tak zzz. Aku angkat ngan Rafiq.

- Geli kononnn HAHA

- Ko tengok tuu dah tak geli dah weii kaki ayam je HAHAHAHA si Ain tu posing je HAHAHAH

- Ngan kasut kasut pun basah T____T Pasni leh recycle si Flowy ni jadi sangkar kucing

- Sementara duk tunggu Flowy kering ; kitorang duk masuk air sekejap ngan team si Massuri
Team Massuri buat penghawa dingin menggunakan air. Power. Tapi dia tak bagi aku snap gambo sebab dia kata tgu siap baru leh amek gambo.

- Cutenye akuu

- ceittt

- hahaha
Kitorang letak Flowy dalam Lab Geotech / Lab Tanah. Tak mintak izin pun HAHAHA selamba je. Pastu terserempak ngan dak dak ni. Wuuuuu.

- Ni group atok, bulat ngan botak. tengah pecahkan tempurung kat lab tanahhh
Minggu depan kene pulun ah. Stress aku tengok reban ayam wannabe tu. Cepat la abes. Lagi dua minggu nak present.
CEPATLAHHHHH AKU TAK SABAR!!!!
Esok cuk ade midterm. Aku call tadi tak dapat. Tido da la tu. Ciannn.
GOODLUCK CUK!
DD
bai.
Pepagi je kat kelas design Rafiq ngan Ain muka berseri seri je sebab hari ni last duk korek sampah. Best gila weh rasa cam nak wat kenduri tahu takkkk.

- Rezeki hari niii kehkehkeh
Banyak gila sampah hari niii gasak laaaa Rafiq kene korek KAHKAHKAH aku cam biasa ah givap dohhhh. Ko nampak pink pink tu wuu benci weh eiiiii grosssss T____T

- Rajin nauu enyy nii haaa
Ni bukan part-time job aku okkkkk lempang ko kang HAHA

- patah pinggang woiii

- Intai telur siput senanye nii
Takleh blah kan sensored sensored WAKAKAKAK aku segan ah duk nonggeng nonggeng gitu pasai tu la. Orang kata kalau sensored lagi membuatkan perasaan ingin tahu orang membuak buak tapi malangnya aku tak peduli semua tu lantak kau lantakkkk aku nak sensored gak.
Lately ni sakit pinggang sebab duk angkat mende ni la. Pedih gak la pinggang aku bila aku baring nak luruskann pehhh serius rasa cam nak pengsan. Aku tatau nak letak ape kat pinggang ni tapi sakit la ;’(

- Okay dah jumpa telur siput zzz
SUMPAH GELI T_______T

- Hepi gila muka duk mengorek HAHAHHA
Nampak tu berpeluh peluh semangat gila kauuuu hihihihi oklah terus terang kalau setakat telur siput senanye aku leh tahan lagi kalau nak korek sampah tu kan. Masalahnya siput longkang banyak gila dalam tu kaw kaw wey. Pehhh perangkap aku tu dah cam perangkap siput dah ghopenye. Tskkkk

- HAHA kesian giler
Hari ni Faqa takde so maknanye takde penimbang la kan maka terpaksa lah bawak sampah sampah tu gi umah Ain Datin. Naik kete aku tapi sampah kat luar ; diorang pegang dari dalam. Apa lagi aku drift la HAHA terkangkang kangkang duk pegang sampah tu hikhikhik jahat gila ai

- Rafiq : “wangi gak tangan aku ni haa”
Kemahen mamat ni duk bau tangan sendiri. Dia ni tengah duk menyamak tangan haha habis sabun cuci baju si Ain Datin jadi mangsa KAHKAHKAH
OK dah habis cerita pasal sampah aku dah muak dengan sampah cepat la abes study cepat laa wuuuuu T_____T
Semorang beli lunch. Rafiq ajak aku lunch aku taknak. Sebab aku ada agenda di rumah NGAA
Agenda nya ialah = Megi Goreng (lagi?) zzz tu je aku tau masak ngek *baling tupperware*

- Nyummehhh

- T_____T
OKAY fine. Hasilnya? Terlebih air so otomatik jadi kembang dan tak cukup pedas. Dan sedikit muak. Serta sebakul perasaan kecewa also selori perasaan nak campak mende ni dalam tong sampah tapi memandangkan aku lapo tahap cipan aku bedal jela. Aku beginner so dimaapkan. Takpe bakal abah dan mama mertuaku nanti saya cuba untuk belajar memasak masakan continental sedaya mungkin <3
Ok bai.


