Sila tinggalkan sedikit sebanyak kesan tapak kasut sebelum anda berlalu pergi :)
Trip to Singapore : Day 2

Bangun awal gila memasing bersiap nak gi bekpes kat hotel aku je duk golek golek. Oleh sebab aku mantong so aku pun cam takpelah mak ngan balong gi la bekpes mahal la bekpes kat hotel ni satu bilik dia bagi dua je takpela mak takpelaa *muka redho*

Pastu aku sambung tidoq dengan tak semena mena aku pun terpikiaq acahane aku leh ade keberanian sebegitu rupa dengan duduk secara berseorangan didalam bilik hotel peh power gila aku siap bangun mandi bagai gosok baju pehh pehh kalau tak sebelum ni kalau duk hotel aku nak kencing pun siap suh mak aku jaga pintu tau tak punya la pengecuts nye T_____T

Done sesiap ok jom kita bertolak gi..

Universal Studios Singapore! :D

ariff si abang dan irfan si adik. si irfan ni yang paling eksaited sampai hingus meleleh leleh hihi kiutnye <3
dah sampai Universal Studios!

Ok kalau nak tahu parking kat sini boleh bikin meninggal tahu tak berapaaa?

Sehari RM100 wuu GILAAAAAAAAAAAAA.

Tunggu turn nak masuk HAHA
masuk masuk je nampak menatang ni ok scaryy taknak amek gambar shuhhh shuhhh!
gambo ni aku amek. cun kan?
turn Kak Ogy lak amek gambo aku. nampak tak permainannya disitu? T____T *hempas kepala kat dinding*
ni first show yang aku tengok tapi aku tak paham KAHKAHKAH

Bukan apa dia dah la duk cakap omputih aku ni mano la paham laju semacam eiii pastu nyanyi pun suara tak sedap tapi satu je best bila dia nyanyi Nobody HAHA enjoy gak la tapi si Ariff da givap sebab memasuk je terus ade bunga api budak tu dah la anti mercun pompom bagai terus budak tu nanges sambil dipelok bapaknya ok dipendekkan cite tak abes pun tengok mende ni pastu kitorang kua tapi takpe tak best pun HAHA

Kesiannn dak nanges wuuu *lap air mata*
ok cubaan untuk mengiutkan diri dengan memakai betty boop punya shades HAHA
AWWWWWWWWWWWWWWW
Encik Boyfie kata aku feeling feeling Marilyn Monroe HAHA
Ok dari jauh nampak mende bergerak gerak tapi tak pegi pun amek gambo sebab ramai sangat beratur T_____T
AKU SUKA GAMBAR NI! HAHA
aku tak tahu ini apa semorang tanak amek gambo ngan dia so aku pegi la amek kikiki
Pyramid!
kecik benooo aku ni haa *perasan*

Kat sini memasing semua cuci mata sebab mamat mamat yg keje sini semuanya ketak ketak belake ade mamat pyramid yang kaki panjang tu kurus kering tapi perut ade 6pax HAHA aku tak selera betul pesen pesen kuruih kering ni lagi lagi ade 6pax yeyekkk aku syak mesti dia kekurangan vitamin perisa oren kasihan betul.

Pastu bila second round baru lah nampak mat salih pakai pesen pesen Hercules tapi aku tak sure la dia Hercules ke apa muka kacak badan awww tapi aku tak bani nak gi amek gamba ngan dia sebab nanti dia pandang ngan muka garang dia pastu nanti dia peluk aww nehii nehiii aku tak redhoooooo nehiiii

Far Far Away Castle! *muka excited*

Nampak tak baju aku ngan Kak Ogy basah? Ni semua penangan The Lost World tahuuuu. Kami naik Rapids Adventure sumpah seram dia naik cam air pehh pehh gambo takdak cuz awal awal lagi dah masukkan henpon dalam drybag balong sebab takut basah.

Masa dalam tunnel tu scary gila bila Trex tu ada atas kepala pehh pehhh ko mesti tak paham ape yang aku cakap ni HAHAHAHAHAHA sila google Rapids Adventure. Kat youtube pun ada video gak. Gi la usha :D

Okay muka dia tak bape nak mesra alam.

Kat far far away ni ade Shrek 4D. Best gila wacakaplu kalau kau tak caye kau pegi lah sendiri memang real punya lah mak aku pun siap cakap nak masuk lagi sekali best best best best.

Aku siap bawak balik 3D Glasses dia feeling feeling nak tengok kat uma la guna mende tu kan padahal tak boleh pun sebab kalau tv punya kene guna Red and Cyan yang ni kale ape pun aku tak tahu haih tapi tak tau la betul ke tak fakta aku ni. Tapi memang best beb tak caye gi masuk sendiri HAHA

Okay ni masa nak naik Madagascar Crate Adventure.

kembang kempis idung mak aku punya la hepi hikhik

Hai semoranggg!

Sonok betei mak HAHA
Ni la mende yang ade dalam tu hihihi
Pastu kitorang naik mende ni lak ikut bebudak kecik tu hihihi adoi asal aku dah gemuk ni isk sedih giler :(

Okay dah habis tu kitorang pepusing area situ tapi senanye banyak agi game yang kitorang tak habis main sebab masa tak cukup upenye themepark tu tutup kul 7 malam so ini adalah menyedihkan takpelah mungkin rezeki setakat tu je aku dah jejak kaki kat sini pun da cukup bersyukur. HIHIHI.

Comel kannn kann
Ehem. Ayu betol

Okay kawan kawan tu je yang aku nak tunjuk untuk 2nd day trip to Singapore ni. Time kasih Bangah sebab support aku awww *terharu* pasni leh aku hanimun kat sini hiyahh hiyahhh sonoknyaaa gi ngan hasben hihihi hai cuk jom kita kawin sekarang *matikslahhh* ok sebagai penutup post ni lah mende paling last kali aku makan hari tu.

Mabelessss <3

 SEDAPPPPPP. OK BAI

Trip to Singapore : Day 1

Aku baru balik dari cuti cuti happy happy kalau ko nak tahu ni sume salah passport wuarghh wuarghh kerana kau lah wahai passport aku terpaksa buat sebijik kuiz ; dua bijik test ngan tiga bijik report secara bertalu talu homai homai pecahnya hatii T____T

Memang dari last week family aku duk bincang bincang nak gi jenjalan Singapore. Aku je yang tak amek port sebab terangtangtang depa nak gi hari khamis fuhh fuhh ini tak adil! *hentak meja* sesungguhnya khamis aku still ada kelas tahu tak dah la pack ngan final projek lagi itu ini bla bla bla apatah lagi jumaat wuu tapi takpe aku redhoooo *nanges*

Saje je kannn grrr

Kemahen mak ngan akak aku duk pujuk tu ini aku bukannye tanak pegii aku banyak kejeeee wuaaaaa esoknya aku pun jalankan hidup dengan gagah tetapi seperti biasa keluhan haruslah sebakul banyaknya sampai semua klasmet tahu penderitaan hatiku ini T_____T

Malam tu duk wat lab bagai aku bincang bincang la ngan kawan kawan aku memasing kata rugi tak pegi la jangan pegi la sesia tinggal kuiz tu ini bagai grrr aku dah macam tak betul dah. Balik je umah aku bukak handbag aku duk usha usha skali nampak passport aku ngan mak aku peh pehh apakah dugaan ni woiii kalau passport mak ade kat aku acahane mak aku nak gi Singapore takkan nak pos kot waduh waduh waduhh.

So dengan tak semena mena habis je kelas aku terus shoot balik Shah Alam T_____T

rumah baru Miki & Miko <3

Aku siap singgah Sungai Besar gi beli mende ni aku pikir nak je aku bawak Miki Miko skali tapi malangnya bila aku masukkan diorang dalam mende ni keadaan jadi haru biru memandangkan now diorang da pandai terbang so sangkar ni jadi sempit la kan dan ini merupakan salah satu daripada pembaziran huuu penyesalan yang tidak disangkal banyaknya tahu takkk wuu diorang ni memilih betei eii eiii sembelih kangggg *ok ini tipu*

Mak aku tak tahu pun aku balik yang tahu Encik Boyfie ngan Kak Ogy so bila mak nampak aku terpacak kat pagar haruslah muka beliau happy berbaur geram tak semena mena KAHKAHKAH kesian ibu ku dipermainkan sebegitu rupa tapi takpe Encik Boyfie kata tipu untuk suprise dimaafkan wuuu makk ampunkan dakuu aku taknak jadi batuuu wuuuuuarghhhh #shingshing

So bertolak lah ke JB. Salunya aku tido dalam kete tapi kali ni aku tak tido. Terlampau penat kot drive dari Sabak Berendam bayangkan la dari dua jam perjalanan aku bawak jadi satu jam lime belas menet je see power tak power?

OK DAH SAMPAIIII!

Ariff yang eksaited awww

Aku tatau ah nama hotel ni tapi dekat je la ngan Singapore also dekat ngan Danga Bay bla bla bla so far malam tu aku tak bape nak agresif sebab terlalu fenatss ayam. Malam tu pegi makan pastu Abangah and family balik hotel sebab bebudak kecik sume tu dah mantong. Mak, Balong, Kak Ogy ngan Abg Sham je yang masih bertenaga nak gi jenjalan town aku ni sebagai penumpang follow je la walaupun mataku dah rabak.

bandung soda dan nasik goreng padprik yang mabeles <3

Diorang gi tuka duit Singapore aku pun hulur la RM30 tu je yang aku ade wuuu dapat la 12.30 Sg Dolar sikit bebenor terasa betul diriku ini tidak lagi berharga nak beli ape je weh ngan duit banyak tu ok plus dalam purse aku oredi have 2 dolar so jadi la 14.30 dolar ok la ok la boleh la kannnnnn.

So balik je hotel terus tido takleh nak diselamatkan doa tido pun tak sempat nak baca. Nak cas tenaga esok nak pakai.. gi mana? JENGJENGJENGGGG

Ok bai!

Valentine di Loji.
Enykiut

Okay hari ni kepenatan macam sepuluh tahun tak tidoq dah ghopenyeee tido mati tak hengat sedar sedar dah malam makkkkk matikslah anak dare bangun lewat ni sume gara gara sambut valentine kat loji *baling kusi*

Aku sebenonye maleh nak menaip ni tp memandangkan Encik Boyfie pun dah tido dan kini ku kesepian tanpa doa tido seperti hari hari yang lain *melukut di tepi gantang* fineee fineee fineee aku nak hapdettt fineeee.

Venue Valentine tahun ni <3

Menarik kan kan kannnn kau hadooo? NAN HADOOOOOO.

Pening kepala aku tahu tak dah la jalan daripada Sabak Berendam tu ke Teluk Intan bapak melengkung sana sini bergegar pundi kencing ai dah la cikgu aku tu pregnant aku cuak je anak dia terkuar di tempat kejadian wuuu pedalaman betei la loji ni kalau aku dapat keje kat sini pun aku tak sanggup weh ngan lori balak berlambak lambak ngeri aku T_____T

Acik Loji yang power

Sesampai je aku tengok dah tersedia air mineral ngan jajan. Aku tengok dak dak laki main pakai hambat je sorang seketui siap simpan dalam beg wat stok agi. Bila Acik Loji ni dah bagi taklimat pasal kitaran rawatan air, Acik ni cakap :

Acik Loji : “Ok di belakang tu kami ade sediakan sikit santapan untuk kamu semua,”

Classmate aku : “Dah habis dah cikkkk!”

Disitu aku dapat melihat betapa tebalnya muka cikgu aku. Cian dapat anak murid yang berdedikasi sebegini rupa. Tahniah Puan.

Ace cari aku yang mana satu
Letih gila muka aku zzz
Feelin feeling nak buat cover kat pesbuk HAHA
di bangunan Chlorine :D
Berselirat gilerrrr T____T

Kalau nak tahu ini lah sebab dia kenapa aku tak pernah minat ngan kos elektrik. Dulu time kemahiran idup pun ade kan wat litar bagai ini. Sumpah aku tak suka kot aku siap suh budak laki buatkan pastu aku bagi upah nasik ayam *kot?* HAAAA aku tak leh bayang betapa berseliratnye otak orang yang duk buat mende ni. Serabai weh.

Florida ni diletak dalam air masa dalam proses rawatan di jalankan. Ini adalah untuk gigi, supaya tak cepat reput ; dan sebagainya.

Acik Loji kata hati hati jalan kat loji ni jangan sampai jatuh.

Iput : “Aku kalau jatuh aku pilih nak jatuh dalam tangki Florida,”

Zira : “A ah nanti gigi yang jarang leh rapat balik,”

Aku : “A ah kan nanti takyah gosok gigi sampai bebila,”

KAHKAHKAH. Jimattttt weiii.

First time gi menara condong

Takde la condong nau tapi condong la jugak. Memasing pujuk cikguuu nak makan Mcd nakkkk tapi ade gak yg cakap nak makan nasikkk nakkk pastu tertido dalam bas kepenatan setelah seharian menyambut Valentine di Loji. Sampai sampai je aku terus nampak menatang ni so cam eh eh Menara Condong la eh eh ehhhh *batak* yela aku mane pna sampai kat sini kann kannn. So nampaknya Mcd tah kemana ape tah kemana aku makan nasik ayam je la.

Pastu balik umah sewa muka dah barai dalam bas pun duk tidoq je manjang sampai sampai uma sambung tidoq gila kau letih kot wuuu. Hari ni seharian aku berfoya foya takde keje sekolah pun dah la laptop aku ni terbangang bangang ni pun aku apdet guna laptop kawan aku wuu T____T

Mak aku funny :D

Dah esok kelas kul 8 skang pn da kul 1.45am dah ok bai kawan kawan sori sori sori sori neka neka neka neka pajo pajo pajo pajo *jejoget* bai

Katak kawin.

Dari semalam aku nak update tak update update woi ni masa nak update leh menggatal duk pakai inai henna kat tangan HAHA camne aku nak taip ni woii tapi takpe hidup hendaklah diteruskan homai homaiiiii abes inai kene keyboard woiiii *pengsan*

Sebenarnye aku mmg takde niat pun nak balik Shah Alam minggu lepas. Aku lupa yang Katak nak kawin.  Gila kau aku bagi tahu mak aku aku tak jadi nak balik laju je dia call aku duk jerit woiii katak kawin woiiii wuu aku mana ingat banyak nau keje minggu lepas T____T ok fine sepatutnya sabtu lepas aku join dak umah aku buat BBQ. So oleh sebab aku balik ; aku tak dapat la join diorang.

SEDIHNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

kau kejammm wuu

Wuuu T____T

Sedih wei tak dapat join perasaanku bagai dirobek robek wuu kejammm kejammm dah la diorang duk bako sate, bako bontot ayam pehh peh sedap weiii *hentak kepala kat dinding* aku tengah dengki secara pukal ni grrrrrrr benciiiiiii

Ok fine aku kene update cepat sebab rumet aku nak masuk bilik dah gila kau aku nak duk depan ni sensorang hish taknak aku dah la menseramkan leh gugur semua bulu woiii aku ni dah la penakot gila T____T

*taip lelaju*

Ok meh tengok gambo gambo kazen aku ; si Katak kawen. Mabeles weii baju dia wacakapluuu aku suka wei ko tak suka ko punya suka HAHAHA

Pengapit berpeluh sakan HAHA

Memasing nak aku jadi pengapit aku ni dah la lupa nak bawak baju cantik *matiks lahh aku ade baju cantikk*  ko tahu tak aku pakai baju lima tahun lepas selambe je lakk orang bukan tahu pun baju aku tu 15 tahun lepas ke ape kalau dah kata kiut so maintain je kiut baju tu tak mencelakan pun HAHA tapi aku still takkan nak jadi pengapit. Letih woi!

Tapi senanye aku berseri seri walaupun pakai baju lima tahun lepas sebab Encik Boyfie mai <3

Aku ngan Kak Ogy hihihi
Comel je kannnn

Okay walaupun baju lima tahun tapi maintain nampak baru kan hihi sila jangan terpedaya dengan ketinggian daku tengok la kasut aku tu bapak tinggi tercungap cungap aku berjalan tu ini nak cun punya pasal terpaksa la berkorban T_____T saiz badan pun jangan nak komen sangat aku edit gambo ni kasi lebar tadi sebelum upload *sila percaya sekarang*

Ok orang kata hari ni 14th Feb Valentine Day hish apa barang valentine day mengarut sungguh takde pekdah kalau hari raya dapat jugak la duit raya kannn kannnn tapi salunya kalau Valentine orang sambut kat taman bunga kan kannn kannn tapi kelas aku nak gi Loji Rawatan Air kat Perak esok iskkk ok finee menarik la jugak dari Valentine kannn kannn kannn nampak nau kejamnya aku ni nak kata loji rawatan air lagi suci wawawa ok finee fineee.

Dah esok dah nak bangun pagi nak gi sekolah esok ade lawatan sambil belajar so aku kena la tido sekarang tapi sebelum tido aku nak share sesuatu

Cuba teka mana satu aku nya mana satu Encik Boyfie punye aww aww

Ok kawan kawan saya tido dulu pecah kaca pecah gelas aku nak tido esok pagi nak gi sekolah ok bai

« Previous Entries